Friday 20 December 2013

Ujian Diagnostik

UJIAN DIAGNOSTIK LINUS

Setelah murid selesai menjalani ujian saringan, guru perlu membuat analisa untuk menentukan situasi murid yang dijangka akan terlibat dengan ujian diagnostik.

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.

Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :
soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian :
  • Diagnostik Pengamatan
  • Diagnostik Lisan
  • Diagnostik Tulisan
Diagnostik Pengamatan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.

Diagnostik Lisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.

Diagnostik Tulisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.

Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.

Cara ini akan memudahkan guru untuk membina persediaan mengajar berdasarkan ‘ranking’ murid.

Friday 6 December 2013

KVKV

KVKV


Bagi sesiapa yang tak tau apa itu KVKV ialah K = Konsonan dan V = Vokal 
Jadi kalau KVKV ( Konsonan - Vokal - Konsonan - Vokal )

KVKVKV

KVKVKV


KVKVK ( 3 )


KVKVK  ( 3 )

Ni ada sikit bahan yang Maksu ada jumpa ...eeem sebenarnya bukan maksu yang buat ja cuma share2 je..hehe jangan marah...Sebenarnya kita kena rajin search,intai2 sikit baru la dapat bahan dan ilmu..betul takkkk





















Maksu hanya mahu berkongsi saja dengan rakan-rakan semua...Sharing is caring...macam kata pepatah 2....



KVKVK ( 2 )

KVKVK   ( 2 )












KVKVK

BBM LITERASI

KVKVK























Jom Belajar Membaca !!!!

JOM BELAJAR MEMBACA

LINUS BAHASA MALAYSIA


 Contoh-contoh aktiviti membaca yang boleh dijalankan di dalam kelas...




Colour By Letter


MEWARNA HURUF

Mewarna merupakan aktiviti kesukaan @ kegemaran kanak-kanak seperti kanak-kanak Pra Sekolah
dan Murid - murid tahap satu.Kalau masa permulaan terutama sekali tahun satu aktiviti ni boleh la 
dibuat masa awal tahun..

 # Cuba teka huruf apa kat bawah ni....





Ha yang kat atas ni tentu boleh teka kan tentu la huruf A....Sapa yang tak nampak 2 tak tau la...





















    Harap-harap cikgu-cikgu boleh guna sebagai bahan tambahan selepas aktiviti bagi mengelakkan
murid-murid bosan......Tetapi satu saja peringatan ya..Aktiviti mewarna ni tak boleh diadakan selalu kalau tak mereka akan bosan...dan mulalah buat hal...kalau kawan lah...dan mewarna dengan comot dan tidak kemas..

>>>>> Berpinar-pinar mataku ...aduhai la..